CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:
CONTOH 1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
CONTOH 2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
4 minit mencari isi
24 minit menulis karangan
2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit